Album
Soalan Lazim
Carian
Senarai ahli
Kumpulan Pengguna
Daftar
Daftar Masuk
Waktu sekarang ialah Selasa 09 Feb 2010, 17:00
Semua masa adalah dalam UTC + 8
Lihat mesej sejak kunjungan terakhir
Lihat mesej yang tidak berjawab
Halaman Utama
»
SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL
»
Artikel Seni Khat
Seni Khat lambang Islam
Halaman 1 daripada 1
[4 Posts]
Penulis
Mesej
webmaster
Tuan Punya
Daftar: 30 Mei 2006
Mesej: 168
Lokasi: at Senikhat.net
Seni Khat lambang Islam
Seni khat lambang islam
Oleh Ruhaiza Rusmin
ISLAM tidak pernah menghalang umatnya tertarik dengan keindahan, malah mengiktiraf keindahan dan kesempurnaan itu sebagai satu tuntutan agama sebagaimana hadis bermaksud:
“Allah itu baik dan menyukai kebaikan dalam segala hal.” ( Bukhari dan Muslim).
Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w, masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan tamadun Islam untuk ditatap generasi seterusnya.
Pensyarah pelawat Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM), Profesor Dr Heba Barakat, berkata sejarah kaligrafi atau dalam bahasa Yunaninya, kalious, dikatakan bermula sejak kurun kelapan apabila
masyarakat Arab menghasilkan tulisan bagi menunjukkan ketinggian martabat kabilah mereka.
Menurutnya, adalah menjadi satu kebanggaan bagi mereka apabila dapat menghasilkan seni ukiran yang indah dan halus untuk ditunjukkan kepada pihak lawan, apatah lagi apabila digabungkan dengan kekuatan kehebatan kabilah mereka sewaktu di medan perang.
“Ketinggian kabilah Arab pada zaman dulu diukur pada
kehebatan mereka sewaktu berperang, bersyair serta tulisan yang dihasilkan.
Semakin tinggi kreativiti mereka, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
“Kebanyakan hasil lakaran yang dicipta berdasarkan suasana pada masa itu seperti berlatar belakangkan peperangan antara kabilah. Mereka melakarkan kaligrafi sebagai cara untuk
menunjukkan kekuatan mereka dari segi emosi dengan merujuk pada ayat al-Quran yang menceritakan mengenai sebab dan akibat berlakunya peperangan itu.
“Ia mempunyai simbolik tersendiri kerana bukan semata-mata menunjukkan kekuatan dalam peperangan tapi juga dalam
menghasilkan sesuatu yang boleh menaikkan martabat dan semangat kaum mereka yang pergi berperang untuk mencari kemenangan
,” katanya.
Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia oleh pedagang Arab menyebabkan tulisan kaligrafi turut berkembang sama ada melalui dakwah, penaklukan mahupun perdagangan.
Pertembungan antara dua budaya menyaksikan tulisan kaligrafi mengalami corak perubahan dalam bentuk, warna mahupun tulisan namun paksi asasnya masih pada ayat al-Quran.
Beliau yang ditemui di ibu kota, baru-baru ini berkata, kebanyakan tulisan atau lakaran kaligrafi masyarakat Arab dulu lebih tertumpu kepada ‘nastlq’ atau huruf berkait.
“Sejajar dengan perkembangan Islam, tulisan kaligrafi mengalami perubahan mengikut kesesuaian tempat dan budaya masyarakat, namun masih gunakan ayat al-Quran.
“Jika dulu gaya tulisan yang digunakan setiap kabilah adalah sama dari segi teknik lakaran, penyebaran Islam menyebabkan gaya tulisan turut berubah. Malah, masyarakat berkenaan membentuk gaya tulisan tersendiri agar mudah difahami,” katanya, sambil menambah, kaligrafi Islam adalah kaligrafi terkenal di dunia kerana dihasilkan mengikut empat mekanisme kehidupan iaitu api, air, angin dan udara.
“Itulah simboliknya kaligrafi khat Islam kerana ia dihasilkan dengan gabungan empat perkara berkenaan sehingga menghasilkan tulisan yang indah.
“Kehalusan ukiran dan ayat yang dilakarkan begitu terserlah kerana dihasilkan dengan penuh rasa tawaduk terhadap Allah, sesuai untuk memberi penghormatan pada ayat al-Quran,” katanya.
Berpengalaman hampir 28 tahun dalam ilmu tulisan khat, beliau yang juga pakar seni kaligrafi di Mesir berkata kaligrafi Islam terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu’thuloth’, ‘nastlq’, ‘sini’ dan ‘Psudu’.
Kaligrafi ‘thuloth’ (satu pertiga) digunakan di Maghribi bermaksud, keseimbangan seperti bahagian mata di wajah, ‘nastlq’( air yang mengalir) di Iran bermaksud kesinambungan huruf antara perkataan akhir dan awal, ‘sini’ digunakan masyarakat negara China dan ‘Psudu’ ( huruf jawi yang palsu) yang digunakan masyarakat Eropah.
“Masyarakat Eropah juga berminat tapi disebabkan mereka tak pandai menulis huruf jawi, mereka cipta satu tulisan yang menyerupai bentuk tulisan asal, tapi hanya difahami oleh mereka. Kebanyakannya berbentuk puisi atau syair yang menggambarkan suasana kehidupan mereka.
“Hasil yang dilakarkan tak boleh dianggap sebagai kaligrafi Islam kerana tak bersandarkan pada ayat Quran, namun diterima dalam komuniti dunia hari ini atas semangat ukhwah,” katanya.
©New Straits Times (M) Berhad
_________________
www.Senikhat.net
-- Sumber Kaligrafi, Khat Malaysia
www.Ejawi.net
-- Portal Komuniti Jawi Seantereo
ايجاوي نيت دان سني خط
Telah dihantar pada
:
Selasa 06 Jun 2006, 15:22
MARLINA
Khattat Junior
Daftar: 07 Jun 2006
Mesej: 13
Lokasi: Kuala Lumpur
betul tu.. saya setuju..
Telah dihantar pada
:
Rabu 07 Jun 2006, 15:15
arkurni
Khattat Senior
Daftar: 09 Jun 2006
Mesej: 98
Lokasi: PETALING JAYA
eden pun sotuju yoo
_________________
KHAT PENGHULU FIKIRAN
Telah dihantar pada
:
Jumaat 15 Sept 2006, 10:45
aliza
Khattat Junior
Daftar: 29 Nov 2008
Mesej: 3
Artikel Seni Khat
Seni Khat Lambang Islam
Seni Khat lambang Islam kerana ia berasaskan tulisan Arab yang merupakan tulisan bagi Al-Quran. Jadi penggiat seni khat seharusnya meletakkan Islam sebagai motif asas mereka menulis khat, untuk menjadikan khat sebagai satu cabang dakwah Islam. Dengan itu dia menulis khat bukan sekadar untuk mendapat anugerah atau dikenali sebagai "khattat" sahaja.
Sememangnya manusia sukakan benda-benda yang cantik, sekiranya ayat-ayat al-Quran, hadis Nabi dan kata-kata hikmah ditulis dengan cantik dan tersusun, maka ia akan sentiasa dilihat dan dibaca oleh orang yang melihatnya. Sepatutnya itulah yang diperjuangkan, kerana setiap ayat yang kita lihat berulang kali akan melekat dalam minda kita, dan akan meninggalkan kesan pada diri pembaca tersebut.
Setiap penggiat dalam seni khat seharusnya memahami dan mempunyai misi dan visi tertentu dalam bidang dakwah, agar setiap huruf yang ditulis dikira sebagai ibadah kepada Allah SWT. Dan sememangnya dalam dunia hari ini terlalu sedikit orang yang pakar dalam bidang ini, sekiranya yang sedikit inipun sibuk dengan kerja-kerja menulis papan tanda-papan tanda di jalanan,maka seharusnya lah ilmu ini dikembangkan dengan cara yang tersusun agar ia diminati oleh generasi baru.
Bagaimana cara untuk mengembangkannya itu terpulang kepada penggiat khat tersebut, sebaiknya dibawah Persatuan Seni Khat Kebangsaan yg saya tahu namanya semenjak bertahun lalu tapi tidak tahu apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jadikanlah seni ini sebagai jalan untuk kita mendekatkan diri pada Allah, bukan untuk bermegah-megah dengan pencapaian kita. Maka tidak timbul siapa hebat dan siapa yang lebih baik khatnya.
Masalahnya apabila khat yang dihasilkan terlalu abstrak, dengan bentuk yang berlapis-lapis sehingga sukar untuk dibaca, ia cuma mempunyai nilai seni tapi tidak dapat meninggalkan kesan kepada orang yang melihatnya. Ia memang hebat dan orang yang mampu menghasilkannya sememangnya hebat, malah ia menuntut pengorbanan dan masa yang amat lama untuk menghasilkannya.
Sebaik-baiknya kita dapat imbangkan segala hasil usaha kita, agar ia tetap berseni dan dalam masa yang sama dapat memberi kesan kepada orang yang melihatnya. Khat Cabang Dakwah Islam.
Telah dihantar pada
:
Selasa 02 Des 2008, 12:16
Paparkan topik yang terdahulu:
Semua Mesej
1 Hari
7 Hari
2 Minggu
1 Bulan
3 Bulan
6 Bulan
1 Tahun
Susun mengikut:
Masa dihantar
Tajuk dihantar
Penulis
Menaik
Menurun
Halaman 1 daripada 1
[4 Posts]
Halaman Utama
»
SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL
»
Artikel Seni Khat
Pergi ke:
Sila pilih forum
-------------------
Halaman Utama
|___TATATERTIB & ETIKA FORUM JAWI DAN SENI KHAT
| |___Tatatertib dan Etika Forum Jawi dan Senikhat & Soalan Lazim
| |___Cadangan / Idea Baru untuk Jawi dan Senikhat
| |___Taaruf dan Salam Perkenalan
|
|___ڬينراسي جاوي سيبير
| |___ماري بلاجر جاوي
| |___جاوي بارو جاوي لاما
| |___ڤنديديقن
| | |___J-QAF
| | |___Pendidikan Islam
| |
| |___عموم
| | |___سيمبڠ-سيمبڠ
| | |___بيچارا اڤليكاسي
| | |___سوسيال، كڬياتن، مشاركت
| |
| |___ارتيكل دالم توليسن جاوي
|
|___IMLAK, KHAT & SENI
| |___Penulisan dan Imlak
| | |___Lain2 Khat dan Khat Moden
| | |___Khat Kufi, Dewani dan Farisi
| | |___Khat Nasakh, Rekaah dan Thuluth
| |
| |___Seni dan Kreativiti
|
|___KARYA | AKTIVITI | KRITIK
| |___Karya Seni Khat Tradisional dan Moden
| |___Ulasan dan Komen Hasil Karya
| |___Asah Bakat
|
|___SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL
| |___Sejarah Khat yang Anda Ketahui
| |___Tokoh Hebat Khattat
| |___Artikel Seni Khat
|
|___RUANGAN UMUM
| |___Kelas dan Pengajian Seni Khat
| |___Sembang Umum
| |___Pertandingan, Peraduan dan Demontrasi
| |___Kerjaya, Produk dan Promosi
| |___Galeri Umum Ahli
|
|___Bahagian Menarik Ejawi.net dan Rakan SeniKhat
|___Portal Ejawi.net
|___EJC 1.0.8 - Rumi->Jawi Converter Online
|___Blog Arabic Calligraphy, Seni Khat, Jawi
|___King of Khattat
|___Web dan Komuniti Seni Khat Arab
Anda
tidak boleh
hantar topik baru
Anda
tidak boleh
balas topik
Anda
tidak boleh
ubah mesej anda
Anda
tidak boleh
padam mesej anda
Anda
tidak boleh
mengundi disini
Powered by
phpBB
© 2001, 2005 phpBB Group
[ Time: 10.9531s ][ Queries: 17 (0.0478s) ][ GZIP on - Debug on ]