AlbumAlbum   Soalan LazimSoalan Lazim   CarianCarian   Senarai ahliSenarai ahli   Kumpulan PenggunaKumpulan Pengguna 
 DaftarDaftar   Daftar MasukDaftar Masuk 
Waktu sekarang ialah Khamis 24 Apr 2014, 21:45
Semua masa adalah dalam UTC + 8
Lihat mesej sejak kunjungan terakhir
Lihat mesej yang tidak berjawab
 Halaman Utama » SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL » Sejarah Khat yang Anda Ketahui
SENI KHAT NASAKH
Hantar topik baru   Balas topik ini Lihat topik sebelumnyaLihat topik berikutnya
Halaman 1 daripada 2 [12 Posts]   Pergi ke halaman: 1, 2 Berikutnya
Penulis Mesej
Firdaus™
Khattat Senior


Daftar: 05 Jun 2006
Mesej: 263
Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
 SENI KHAT NASAKH



SENI KHAT NASAKH

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.

Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.

Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi.

Sejarah Khat Nasakh

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun
ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.

Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.

Mengapa Dipanggil Nasakh

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu

Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar

• Nasakh Klasik

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)

• Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..

Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Khat Nasakh Dalam Pertandingan

Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah:

1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain.

2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.

3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)

Penutup

Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.

Rujukan

• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar

• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company.

• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila

• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.

• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah

_________________

flickr™

MesejTelah dihantar pada: Khamis 08 Jun 2006, 12:31
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Lawat Laman Web Pengguna Ni Yahoo Messenger    Kembali Ke Atas 
webmaster
Tuan Punya

Daftar: 30 Mei 2006
Mesej: 168
Lokasi: at Senikhat.net
saya xbrape pandai tulis nasakh. Pelikkan. Masa kat sekolah dulu cikgu selalu kata tulisan khat thuluth ok dah tapi bila tulis biasa macam budak2 .. tak cantik langsung!!! skrg lagi laa.. dh lama tak pegang pegang..asyik tekan punat keybd jer Embarassed Embarassed
_________________
www.Senikhat.net -- Sumber Kaligrafi, Khat Malaysia
www.Ejawi.net -- Portal Komuniti Jawi Seantereo
ايجاوي نيت دان سني خط

MesejTelah dihantar pada: Selasa 13 Jun 2006, 14:25
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email Lawat Laman Web Pengguna Ni Yahoo Messenger    Kembali Ke Atas 
Firdaus™
Khattat Senior


Daftar: 05 Jun 2006
Mesej: 263
Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
webmaster telah menulis:
saya xbrape pandai tulis nasakh. Pelikkan. Masa kat sekolah dulu cikgu selalu kata tulisan khat thuluth ok dah tapi bila tulis biasa macam budak2 .. tak cantik langsung!!! skrg lagi laa.. dh lama tak pegang pegang..asyik tekan punat keybd jer Embarassed Embarassed


Erm...takpe...tapi dah boleh jugak menulis khat nasakh...Smile
pegang keyboard dengan mouse je...lagi mantap...takpe Smile
_________________

flickr™

MesejTelah dihantar pada: Selasa 13 Jun 2006, 15:27
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Lawat Laman Web Pengguna Ni Yahoo Messenger    Kembali Ke Atas 
webmaster
Tuan Punya

Daftar: 30 Mei 2006
Mesej: 168
Lokasi: at Senikhat.net
pasal khat Nasakh guna font nasakh dah ok, tapi kalau khat thuluth , hancur keseniannya...
_________________
www.Senikhat.net -- Sumber Kaligrafi, Khat Malaysia
www.Ejawi.net -- Portal Komuniti Jawi Seantereo
ايجاوي نيت دان سني خط

MesejTelah dihantar pada: Selasa 13 Jun 2006, 16:11
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email Lawat Laman Web Pengguna Ni Yahoo Messenger    Kembali Ke Atas 
arkurni
Khattat Senior

Daftar: 09 Jun 2006
Mesej: 98
Lokasi: PETALING JAYA
khat nasakh memang nampak senang..tapi sebab tulisan tu dah sebati dalam diri kita,memang susah nak betulkan..nasakh pun banyak mazhab..contohnya,saya belajo wau atau fa dengan ustaz zawadi ..katanya kena ada titik dalam tu.dan wau tak ada kepala..maknanya wau,terus buat ekor dia..tapi kalau melihat kan kaedah lain,tak ader pulak macam tu..khat haddad pun lain.. Smile
_________________
KHAT PENGHULU FIKIRAN

MesejTelah dihantar pada: Jumaat 15 Sept 2006, 10:01
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email    Kembali Ke Atas 
AzizMostafa
Khattat Senior

Daftar: 02 Nov 2006
Mesej: 64
Lokasi: Iran+Iraq
Salam Kawan-2, Selamat Hari Raya,
Just have a look at:
http://typophile.com/node/19609
http://typophile.com/node/19348
http://typophile.com/node/20638
Regards with Flowers:
http://www.CrAUSwords.com/flowers/WFlowers.htm

MesejTelah dihantar pada: Khamis 02 Nov 2006, 21:31
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email Lawat Laman Web Pengguna Ni    Kembali Ke Atas 
nadzrialkhattat
Khattat Junior

Daftar: 05 Des 2006
Mesej: 18
Lokasi: k.krai, qlate.
Salam

ye, mmg khat nasakh banyak mazhab. Sebab, setiap negara mempunyai ciri2 tertntu. Contohnya mcm kaedah turkii, khat nasakhnya lebih panjang,agak berpetak dan menpunyai bunga dan hiasan seperti khat thuluth. Manakala kaedah mesir lebih pendek dan kurang hiasan, begitu juga dengan kaedah iraq. Contohnya ialah pada huruf alif. Kedah turki, panjang alifnya adalah lima titik, ini dapat dilihat pada penulisan Abdul Aziz Arrifaai dan penulis kaedah2 turki yang lain. Tetapi kaedah mesir dan iraq, panjang alifnya adalah empat titik. Ini dapat dilihat pada penulisan Hasyim Muhammad AlBaghdadi(Iraq) dan Sayid Ibrahim(Mesir). Walaubagaimanapun, mengikut pendapat Ustaz Nik Abdul Rahman Zaki, para khattat bebas memilih cara menulis asalkan tidak terkeluar daripada kaedah2 yang dipersetujui diperingkat antarabangsa. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Nik meggunakan kaedah mesir, dan beliau sentiasa memuji khat yang menggunakan kaedah mesir adalah lebih cantik dan lawa. Tetapi saya lebih suka menggunakan kaedah Turki+Mesir+Iraq, asalkan ia nampak cantik dan 'hensem'. hehe. Oleh itu, buku rujukan khat saya terdiri daripada buku yang dihasilkan oleh Hasyim Albaghdadi, Sayid Ibrahim, dan Abdul Aziz Arrifaai. Pendapat saya, contoh khat nasakh yang di tunjukkan oleh saudara firdaus dalam web ni adalah menggunakan kaedah turki. Wallahu a'alam!!

MesejTelah dihantar pada: Sabtu 09 Des 2006, 12:12
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email    Kembali Ke Atas 
arkurni
Khattat Senior

Daftar: 09 Jun 2006
Mesej: 98
Lokasi: PETALING JAYA
kaedah shauqi juga unik..kurrasah dia dan teknik boleh dilihat dalam durus khattiah dalam splart.net ..cubalah ..oleh abu alawi//cthnya..byk huruf naskah dia bwh baris!! Razz
_________________
KHAT PENGHULU FIKIRAN

MesejTelah dihantar pada: Selasa 12 Des 2006, 13:33
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email    Kembali Ke Atas 
Abdul Hakim 1412
Khattat Junior


Daftar: 11 Nov 2007
Mesej: 25
Lokasi: Kuching, Sarawak
Apa Beza...

Saya cuma nak tanya tentang khat Nasakh ni.

Soalan: Apa beza gaya Nasakh Hashim Al-Baghdadi dengan Nasakh Ibnu Muqlah?
_________________

Abdul Hakim Lukhman Al-Yusufi

MesejTelah dihantar pada: Isnin 17 Nov 2008, 11:55
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email Lawat Laman Web Pengguna Ni Yahoo Messenger MSN Messenger    Kembali Ke Atas 
Muhd `Atha
Khattat Junior


Daftar: 10 Nov 2007
Mesej: 28
Lokasi: Kangar,Perlis
bagi ana,tulisan hasyim baghdadi lebih cantik.

MesejTelah dihantar pada: Jumaat 21 Nov 2008, 14:49
  Lihat Profail Pengguna Ini Hantar Mesej peribadi Hantar email    Kembali Ke Atas 
Paparkan topik yang terdahulu:   Susun mengikut:   
Halaman 1 daripada 2 [12 Posts]   Pergi ke halaman: 1, 2 Berikutnya
Hantar topik baru   Balas topik ini Lihat topik sebelumnyaLihat topik berikutnya
 Halaman Utama » SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL » Sejarah Khat yang Anda Ketahui
Pergi ke:  

Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
[ Time: 0.3553s ][ Queries: 23 (0.0139s) ][ GZIP on - Debug on ]