Album
Soalan Lazim
Carian
Senarai ahli
Kumpulan Pengguna
Daftar
Daftar Masuk
Waktu sekarang ialah Jumaat 24 Mei 2013, 07:52
Semua masa adalah dalam UTC + 8
Lihat mesej sejak kunjungan terakhir
Lihat mesej yang tidak berjawab
Halaman Utama
»
RUANGAN UMUM
»
Kelas dan Pengajian Seni Khat
Kursus Seni Kaligrafi Islam - KIAS
Halaman 1 daripada 1
[2 Posts]
Penulis
Mesej
webmaster
Tuan Punya
Daftar: 30 Mei 2006
Mesej: 168
Lokasi: at Senikhat.net
Kursus Seni Kaligrafi Islam - KIAS
Kursus ini sebenarnya dah lama bermula. Tapi saya rasa ianya akan berlangsung sentiasa. Jadi saya poskan maklumatnya :
Maklumat ini dipetik daripada web Kolej KIAS.
PENGENALAN
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
" Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan "- Riwayat Muslim & Ahmad
Antara kesenian yang masih lagi diwarisi dan menjadi kebanggaan umat Islam sehingga kini ialah Seni Kaligrafi Islam. Seni ini pada mulanya dapat dilihat pada penulisan mushaf di dalam bentuk tulisan khat Kufi, tetapi kemudiannya semakin meluas sehingga dapat dilihat pada binaan masjid, kraftangan dan hiasan rumah dengan pelbagai bentuk tulisan khat yang begitu indah dan memukau pandangan.
Keindahan Seni Kaligrafi ini dapat mencetuskan penghayatan yang tinggi terhadap rasa cinta kepada agama dan ia membuktikan agama Islam sebagai agama yang sempurna dari semua aspek kehidupan manusia. Di samping itu juga, ia dapat meneruskan tradisi kecemerlangan umat Islam masa lampau di dalam bidang kesenian.
OBJEKTIF
Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya tulisan khat dan jawi dalam tamadun Islam dan kemajuan bangsa Melayu.
Mengetahui perkembangan tulisan khat dan jawi serta hubungannya dengan Al-Quran dan Islam.
Latihan menghasilkan kraftangan bersepadu dengan seni khat dalam berbagai media.
Menyediakan kemahiran menulis khat yang pelbagai dan latihan keusahawanan serta profesional.
KANDUNGAN KURSUS
Kursus Seni Kaligrafi Islam ini terdiri daripada :
MODUL 1:
Subjek 1 KPIK 101 Penulisan Khat Nasakh & Thuluth (Sejarah khat Nasakh & Thuluth, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2 KPIK 102 Kemahiran Kraftangan (I)
(Poster, Potongan, Sepanduk, Tulisan Latar (Backdrop))
MODUL 2:
Subjek 1 KPIK 201 Penulisan Khat Riq'ah dan Diwani (Sejarah khat Ruq'ah & Diwani, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2 KPIK 202 Kemahiran Kraftangan (II)
(Plastik plate, Sulaman & Tenunan, Labuci & Parade)
MODUL 3:
Subjek 1 KPIK 301 Penulisan Khat Farisi dan Kufi (Sejarah khat Farisi & Kufi, menulis huruf tunggal, huruf sambung & petikan ayat-ayat al-Quran & Hadith)
Subjek 2 KPIK 302 Kemahiran Kraftangan (III)
(Cooper tooling, Brass tooling, Cermin, Silk Screen)
MODUL 4:
Subjek 1 KPIK 401 Awanlarat & Hiasan (Zukhrafah)
(Aplikasi Keenam-enam jenis penulisan khat, & Melukis Zukhrufah (Awanlarat))
Subjek 2 KPIK 402 Kemahiran Kraftangan (IV)
(Ukiran Kayu, Papan Tanda, Potongan Loga, Tulisan Batik)
TEMPOH KURSUS
Tempoh pengajian adalah selama empat bulan bagi setiap modul. Jumlah jam bagi setiap modul ialah 32 jam.
WAKTU KULIAH
Kuliah akan bermula pada hari Jumaat 17/11/06 (3.00 ptg - 5.00 ptg)
YURAN KURSUS
Bayaran yuran yang dikenakan bagi setiap peserta ialah RM 210.00 bagi satu modul termasuk yuran pendaftaran dan nota kursus. Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan. Bayaran ansuran pertama RM 100.00 perlu dibayar semasa hari pendaftaran.
Jumlah bayaran pada hari pendaftaran ialah:
Pendaftaran RM 10.00
Bayaran Ansuran Pertama RM 100.00
JUMLAH RM 110.00
SIJIL
Sijil akan diberikan kepada mana-mana peserta yang mengikuti kesemua subjek / modul. Bagi peserta yang mengikuti satu modul dari mana-mana modul, surat pengakuan penyertaan dikeluarkan jika perlu.
TENAGA PENGAJAR
Tenaga pengajar berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang Ilmu Qiraat & Tarannum, iaitu:
Ustaz Mahmood Awang
M.A Fiqh Perbandingan, Al-Azhar
Diploma Seni Khat, Sekolah Seni Khat, Kaherah
Pengalaman:
- Menyediakan backdrop, astaka ujian tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa (1984-1990)
- Pensyarah sambilan seni khat Universiti Malaya
- Pensyarah seni khat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur
- AJK Seni Khat Kebangsaan
Ustaz Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd Kadir
B.A Bahasa Arab, Al-Azhar
Diploma Seni Khat, Kaherah
Diploma Lanjutan Seni Khat, Kaherah
Pengalaman:
- Johan Peringkat MASSAK 3 tahun berturut-turut (1989-1991)
- Johan Peringkat ASEAN di Brunei Darussalam (1991, 1993, 1995, 1997)
- Tempat Kedua daripada sepuluh terbaik seluruh Mesir Diploma Seni Khat tahun 2001.
PENDAFTARAN
Pendaftaran dibuka mulai sekarang.
PENGALAMAN PESERTA
" Melalui kursus ini saya dapat mengenal, pandai dan hampir mahir ilmu Khat yang merupakan salah satu dari kesenian Islam yang tinggi nilainya ". - Cikgu Mustafa bin Hasan
" Sebelum mengikuti kursus ini saya hanya boleh melihat dan kadang-kadang tidak memahami ayat yang ditulis. Setelah belajar ilmu Khat di KIAS, saya dapat menilai seni tulisan Islam ini serta dapat membaca dan mengenali jenis-jenis tulisan yang ada ". - En. Nik Azman bin Nik Mohamed (Penyelia Teknik Telekom)
" Kursus penulisan khat yang saya ikuti ini amat berfaedah dan patut diteruskan hingga ke peringkat yang lebih tinggi " - Wan Yahya bin Jusoh (Pembantu Pustakawan APIUM, Nilam Puri)
Maklumat lanjut sila layari
http://www.kias.edu.my/kaligrafi.htm
_________________
www.Senikhat.net
-- Sumber Kaligrafi, Khat Malaysia
www.Ejawi.net
-- Portal Komuniti Jawi Seantereo
ايجاوي نيت دان سني خط
Telah dihantar pada
:
Selasa 20 Feb 2007, 00:20
Firdaus™
Khattat Senior
Daftar: 05 Jun 2006
Mesej: 263
Lokasi: Masjid Tanah, Melaka
kalau dekat bolehla join rasanya...nak sangat berguru dengan Ustaz Nik Man...
_________________
flick
r™
Telah dihantar pada
:
Rabu 21 Feb 2007, 22:04
Paparkan topik yang terdahulu:
Semua Mesej
1 Hari
7 Hari
2 Minggu
1 Bulan
3 Bulan
6 Bulan
1 Tahun
Susun mengikut:
Masa dihantar
Tajuk dihantar
Penulis
Menaik
Menurun
Halaman 1 daripada 1
[2 Posts]
Halaman Utama
»
RUANGAN UMUM
»
Kelas dan Pengajian Seni Khat
Pergi ke:
Sila pilih forum
-------------------
Halaman Utama
|___TATATERTIB & ETIKA FORUM JAWI DAN SENI KHAT
| |___Tatatertib dan Etika Forum Jawi dan Senikhat & Soalan Lazim
| |___Cadangan / Idea Baru untuk Jawi dan Senikhat
| |___Taaruf dan Salam Perkenalan
|
|___ڬينراسي جاوي سيبير
| |___ماري بلاجر جاوي
| |___جاوي بارو جاوي لاما
| |___ڤنديديقن
| | |___J-QAF
| | |___Pendidikan Islam
| |
| |___عموم
| | |___سيمبڠ-سيمبڠ
| | |___بيچارا اڤليكاسي
| | |___سوسيال، كڬياتن، مشاركت
| |
| |___ارتيكل دالم توليسن جاوي
|
|___IMLAK, KHAT & SENI
| |___Penulisan dan Imlak
| | |___Lain2 Khat dan Khat Moden
| | |___Khat Kufi, Dewani dan Farisi
| | |___Khat Nasakh, Rekaah dan Thuluth
| |
| |___Seni dan Kreativiti
|
|___KARYA | AKTIVITI | KRITIK
| |___Karya Seni Khat Tradisional dan Moden
| |___Ulasan dan Komen Hasil Karya
| |___Asah Bakat
|
|___SEJARAH | TOKOH | ARTIKEL
| |___Sejarah Khat yang Anda Ketahui
| |___Tokoh Hebat Khattat
| |___Artikel Seni Khat
|
|___RUANGAN UMUM
| |___Kelas dan Pengajian Seni Khat
| |___Sembang Umum
| |___Pertandingan, Peraduan dan Demontrasi
| |___Kerjaya, Produk dan Promosi
| |___Galeri Umum Ahli
|
|___Bahagian Menarik Ejawi.net dan Rakan SeniKhat
|___Portal Ejawi.net
|___EJC 1.0.8 - Rumi->Jawi Converter Online
|___Blog Arabic Calligraphy, Seni Khat, Jawi
|___King of Khattat
|___Web dan Komuniti Seni Khat Arab
Anda
tidak boleh
hantar topik baru
Anda
tidak boleh
balas topik
Anda
tidak boleh
ubah mesej anda
Anda
tidak boleh
padam mesej anda
Anda
tidak boleh
mengundi disini
Powered by
phpBB
© 2001, 2005 phpBB Group
[ Time: 0.1959s ][ Queries: 23 (0.0096s) ][ GZIP on - Debug on ]